Monday, May 26, 2014

Buah Zaitun Disebut Didalam Petikan Ayat Suci Al-Quran

FAKTA MENGENAI KHASIAT MINYAK ZAITUN "EXTRA VIRGIN"

Menurut Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Kajian mengenai kebaikan minyak zaitun telah lama dilakukan. Menerusi satu kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa individu yang mengambil 25 ml (lebih kurang 2 sudu makan) minyak zaitun extra virgin olive oil setiap hari selama seminggu menunjukkan penurunan pengoksidaan kolesterol LDL dan peningkatan sebatian anti-oksidan khususnya phenols di dalam darah. Selain daripada itu ia dapat mencegah masalah saluran darah seperti AtherosclerosisWalaupun semua jenis minyak zaitun adalah sumber lemak monounsaturated, minyak zaitun jenis extra virgin olive oil mengandungi anti-oksidan terutamanya vitamin E dan phenols yang lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa atau minyak zaitun virgin.Menambah minyak zaitun (terutamanya jenis extra virgin olive oil) dalam diet pemakanan boleh memberikan banyak kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya dalam mencegah kanser kolon.Extra Virgin Olive Oil juga dikatakan boleh membantu mengawal tahap insulin dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.Minyak zaitun (Extra Virgin Olive Oil) apabila dicampurkan bersama-sama dengan perahan lemon boleh menghancurkan batu karang.Selain daripada mengurangkan paras kolesterol, minyak zaitun mempunyai banyak khasiat terutamanya pada hati (liver) dalam mengurangkan kecenderungan pembentukan batu hempedu, malah minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dengan baik.Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, minyak zaitun mempunyai kesan yang sama seperti julap.

Vitamin E yang terkandung minyak zaitun dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

TAHUKAH ANDA

Di dalam Al Quranul Karim, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Menurut Hadis Sohih yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

No comments:

Post a Comment